Dengarnya...: Adlin tak buat 'homework'?
TERLANJUR menyebut nama Adlin Aman Ramlie, yang paling Cik Normah tergelak sakan apabila dia mempersoalkan di manakah keistimewaan lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian Misha Omar hingga dijadikan lagu tugasan kepada Isma. Hai, tak tengok Anugerah Industri Muzik-16 ke Adlin? Bukankah lagu itu sah-sah baru menang Lagu Pop Terbaik.
Sebelum ini pun dalam konsert mingguan AF7, Adlin pernah berkata yang dia tak pernah menonton dan mengetahui corak persembahan kumpulan Indonesia, Cokelat. Zaman sekarang kan ada laman sesawang You Tube, semua boleh diperoleh di hujung jari. Taip saja pasti keluar apa saja yang diingini. Gamaknya Abang Adlin kita ini kurang arif bab IT kot.
aku kesian dgn si normah ni. dah la becok lembab plak tu. oii cik normah, ape yg adlin cakap tu, kalau ko tak paham, ni aku nk bg ko paham. maksud dia bukan sebab lagu tu menang ke tidak, tapi sebab lagu tu tak mencabar untuk dinyanyikan. lagu misha ini, makcik tua pon boleh nyanyi. cuba suh dia nyanyi lagu siti, mahu terkeluar anak tekak dia.
sebab tu la adlin cakap kenapala dia nyanyi lagu yg tak mencabar ni. isma tu suara 10 ribu kali sedap dari misha omar. jadi sepatutnya dpt la lagu yg mencabar skit utk konsert akhir tu. paham tak cik normah...??? kesian... slow jugak ko ni ye
No comments:
Post a Comment