Monday, February 23, 2009

Nash dan Mahkamah

Selamat datang ke blog baru aku. aku wujudkan blog ini adalah bertujuan meluahkan apa yg ada dalam fikiran aku berkenaan dengan perangai,kisah dan segala perkara mengenai artis-artis di malaysia ni.

Aku mulakan dengan kisah mahkamah NASH dan Kalah dan menang di mahkamahnya.

Aku kesian dengan nash ini. aku tahu dia mesti gembira sebab harta segera yang dia dapat itu akan menjadi hak milik dia. Yang peliknya dia boleh kata yg ini membuktikan yg dia di pihak yang benar. sungguh lawak bila aku tgk melodi hari tu.

Aku walaupun bukan peguam, tapi aku boleh tahu ape sebenarnya kes dia ni. Kes dia berkenaan dengan pembekuan duit ASB dia ni adalah berkaitan dengan kes utama iaitu perishtiharan lafaz cerai dr nash kepada susilawati.

Yang membuatkan nash ni sampai menangis2 mengatakan dia MENANG, sebenarnya bukan lawan kes mahkamah pon. malunya...

NASH takkanla ko tak tahu kes ko dgn ASB tu adalah dibatal dengan sendirinya kerana kes pembekuan itu dibuat kerana kau dah dikatakan melafazkan cerai kepada susilawati. jadi Susilawati nk bekukan duit itu kerana ko dah ceraikan dia.

tapi bila mahkamah kata lafaz cerai tu tidak sah, secara automatiknya kes ASB tu pon terbatal la sebab tiada penceraian yang berlaku. Paham ke tidak tuan NASH?

Aku tahu ini salah satu kesilapan Susilawati dengan kes ini. sepatutnya dia masuk mahkamah dengan kes ini dengan menyatakan dia mahu bekukan duit ini walaupun dia tak ceraikan susilawati. baru kes ini takkan terbatal dgn sendirinya

bila peguam Susilawati berkata mereka akan failkan sekali lagi kes ini, aku pasti kali ini beliau akan failkan dengan sebaik mungkin. biasalah loophole dalam kes ada dimana-mana. kalau kita bijak, kita terlepas.

aku boleh agak yg kes ini kalau difailkan sekali lagi pun, dah terlambat, dia dengan muka tak malunya akan amik duit itu buat harta sendiri.

Susilawati akan failkan kes penceraian dan aku harap beliau berjaya dengan kes ini. Aku kesian dengan susilawati. diharapkan boleh berlindung, tetapi menjadi racun pulak.

apa2 pon aku ucapkan selamat berjaya kepada Susilawati dan berharap beliau dapat balik duit2 beliau semula dan binalah hidup sendiri tanpa perlukan sesorang yg boleh buat hidup anda menderita.

sekian