Friday, April 24, 2009

Nasihat untuk Industri Muzik Malaysia

Aku ada terbaca perihal kisah AIM dan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PIMM) berkempen untuk membasmi masalah cetak rompak berasaskan muat turun lagu MP3.

Tuan2 yang bijak laksana , kalau nk berkempen jgnlah bg alasan yg bodoh. alasan muat turun mp3 yg mempunyai mutu lagu yg tidak berkualiti adakah alasan yang paling bodoh pernah aku dengar. kalau alasan mcm tu.. nk diguna pakai time zaman org beli cd cetak rompak tu boleh la.. ini zaman digital. mana ada kualiti rendah? mp3 punya kualiti kadang2 lebih baik dr cd ori tau.

kalau nk berkempen, gunalah SLOGAN atau Cara atau Moto atau alasan yang bijak skit. katakan sahaja muat turun atau beli album cetak rompak (ader lagi ke org cetak rompak album ni) ni merompak hak artis. itu sudah cukup kuat dah.

aku nk cadangkan jugak, apa kata buat satu tindakan drastik dgn menjual melalui internet lagu2 single. takpayah letak mahal2... 50 sen pon cukup. bg free wallpaper ke, gambar artis ke...

masalah digital downloading ni bukan org malaysia je yg kene.. satu dunia.. jadi mcm mana diorg buat, kita belajar la dr diorg. jgn la bg alasan bodoh mcm aku cakap tadi.. sebab yg download ni bukan makcik2 kat kampung, yg download ni sume paling tidak tahu bukak yahoo atau google. alasan bodoh tu boleh digunapakai untuk org2 yg nk bukak pc pon tak reti...

No comments:

Post a Comment